Saturday, June 27, 2015

Dia kembali lagi.


Insha Allah :)

Assalamualaikum dan salam Ramadhan yang ke-10. Alhamdulillah kita masih hidup dan diberi peluang untuk bertaubat di bulan yang mulia ini. Hari ini, saya mendapat ilham untuk menulis sesuatu yang alhamdulillah dapat mengubah sedikit pemikiran tidak matang saya (hehehe). Berkenaan dengan benda yang sering kali menjadi topik dalam kehidupan saya iaitu cinta, love, sarang, mahal, amor, j'taime, ich lieb dich, aishiteru, zaprel dan najiha.

Post saya di SINI dan sejujurnya saya baru baca balik apa yang saya pernah tulis dalam blog ni membuka balik mata yang tertutup dan cuba menyedarkan kembali apa tujuan saya selama ini. Astaghfirullahalazim saya terlari dari landasan sebenar saya. Dalam post tersebut, saya mengatakan bahawa saya ingin menjauhkan diri daripada si 'dia' kerana saya ingin dijodohkan dengan dia. Ternyata saya lalai lagi.

Baru-baru ini, saya baru sahaja patah hati kerana orang yang berjanji dengan saya telah berubah hati dan insha Allah dia akan berubah ke arah yang lebih baik lagi. Dari kekecewaan ini(hemm), saya mendapat cinta yang baru dan hanya padanya saya bergantung untuk ketika ini. Alhamdulillah, Dia memahami segala isi hati saya. Dia menghiburkan saya ketika saya sedih. Setiap hari saya on call dengan dia, dia dengar dan tidak pernah menolak masalah saya. 


Allah azza wa jalla

Betul kata si kawan, indahnya cinta dipandu dengan iman. Di sini saya tegaskan, saya terlalu banyak berbuat dosa. Saya tidak cuba untuk berlagak alim dan tidak ada niat untuk mempersendakan. Tapi, saya juga inginkan peluang untuk bertaubat untuk mendapat cinta yang hakiki dan menjauhkan kedua ibu bapa saya dari azab api neraka. Alhamdulillah, terima kasih kepada orang yang pinjamkan cintanya selama 10 bulan, mata saya terbuka, 

Mata saya terbuka untuk menuju kearah yang lebih baik. Saya minta maaf sebab menyusahkan kamu selama ini dan semua saya ikhlaskan dan doakan kamu lebih bahagia. Tapi, saya masih pegang kepada janji saya. Sumpah saya terhadap yang satu tidak pernah saya lupakan dan tidak akan pernah tinggalkan. Insha Allah. Terlampau hebat dirimu sampai satu salah pun tidak pernah saya anggap pernah berlaku :)


Sorry for the long post. Here's some potato.

No comments:

Post a Comment