Wednesday, April 10, 2013

Love comes in silent.



So sweeeeeeettttttttt :*

Aku selalu berfikir , siapakah dia ? Di manakah dia ? Apa yang dia buat sekarang ? Adakah dia tengah mencari aku ? Adakah tulang rusuknya yang aku pinjam buat sementara ? Layakkah aku untuk si dia ? Bolehkah dia bimbing aku ? Bolehkah dia mengimamkan solatku ? Adakah aku yang dicarinya selama ini ? Tak dinafikan , aku hari-hari berdoa "Ya Allah Ya Tuhanku , jika benar dia orangnya , jauhkanlah dia dariku agar Kau menjodohkan kami suatu hari nanti . Allahumma Amin"


Ya Allah . Carikanlah aku orang seperti ini :')

Kan best kalau cinta dipandu dengan iman si kawan cakap . Ya , betul! Aku baru rasa kenikmatannya . HAHAHAHA! Tidak perlu risau untuk memikir nafsu syaitan yang melanda apabila berdua-duaan . Astaghfirullahalazim , jahilnya aku dulu . Tapi sekarang , aku cuba try untuk mengamalkan cinta yang didrive oleh iman . Cuma bercinta dalam diam dan tiada orang lain lagi yang boleh mengusir dia dalam hati ni . Dialah orang pertama yang membuat aku jatuh cinta pada pandang pertama dan dialah orang yang aku cuba simpan dalam perasaan ni . Mungkin agak cliche , tapi aku harus jujur dengan perasaan aku sendiri . Cikgu Dean kata , kalau disimpan lama-lama , nanti jadi gila . Mana aku mau jadi gila untuk si dia yang bakal mengimamkan solat xD



Kadang-kadang , aku terfikir , bolehkah aku mencintainya sebelum aku mencintai diriku sendiri ? YA AKU MENCINTAINYA DALAM DIAM dan aku tak boleh tunjukkan yang aku sebegitu rupa . Dahlah muka lesu mengantuk pergi sekolah . Mana mampu menghadap mukanya . Apa lagi memulakan bicara . Nanti syaitan mula merasuk diri . Bah , mula tak dapat tidur malam , terbayang si kawan sambil senyum-senyum
dan adik masuk bilik tanya kenapa muka merah :3 Tapi lebih baik hanya kawan terdekat yang faham perasaan aku . Dan alhamdulillah , akhirnya Ozie Nechang faham macam mana perasaan aku . Dia tahu apa yang aku alami . Dan wow! aku dah single selama 4 bulan . Dan insyaAllah , aku kekalkan status ini sampai aku dapat ijazah . Aku mahu buat mama menangis sebab kejayaan aku dulu baru aku menangis bila tok kadi kata sah :)

Wahai pemilik tulang rusuk ini , ku mohon jauhkanlah dirimu dan biarlah Allah yang mengaturnya bila tiba masanya . Allahumma Amin . 

Credit : Cikgu Google Image

No comments:

Post a Comment