Monday, March 25, 2013

Ya Allah ..


Buat perama kalinya untuk tahun ini , aku menangis kerana ditegur oleh seorang guru . Aku minta maaf kawan-kawan sebab tidak dapat menyokong pendapat anda tentang cikgu tersebut . Aku telah meminta maaf kepada cikgu itu sebab memang kesalahan aku juga tidak mengaplikasikan pelajaran yang teacher beri.

Aku mengalirkan air mata kerana aku sangat kecewa dengan diriku sendiri . Aku mengecewakan mama dengan benda yang senang . Tidak dinafikan bahawa aku sangat berbangga bahawa mamaku seorang guru bahasa inggeris. Sebagai seorang anak yang beribukan guru bahasa inggeris , aku tidak dapat buktikan bahawa aku dapat membuat perkara sesenang tadi . Aku tergagap kerana buntu. Aku tersalah kerana alpa. Aku terdiam kerana bodoh. 

Aku mengalirkan air mata kerana aku kecewa dengan diriku sendiri . Apa yang aku mampu buat untuk mengukir senyuman mama dan mama menangis kerana kejayaanku ? Apa yang mampu aku buat untuk menjadi contoh kepada adik-adik bahawa harta ibu bapa bukan segalanya . Tanpa ilmu , siapalah mereka ?

Aku masih tidak berpuas hati terhadap diriku sendiri. Aku belum layak untuk mengucapkan tahniah kepada diriku tanpa tangisan kegembiraan mama dan keredhaan Allah. Aku bukanlah seorang yang cerdik pintar. Tapi pandai tu ada sikit . Egonya diriku untuk menangis depan mama untuk tunjukkan yang aku seorang yang lemah . Tidak mampu untuk menanggung semua ini sendiri. Banyak yang mama korbankan untuk aku. Segala belanja pembelajaranku mama yang tanggung. Kenapa aku masih begini ?

Ya Allah , sedarkanlah diriku yang alpa lagi hina ini. Berilah seseorang yang boleh membimbing aku dijalan yang benar. Biarkanlah dia membimbing aku dijalanmu Ya Allah. Jadikanlah aku manusia yang berguna untuk mama dan keluargaku kini dan masa depan. Sesungguhnya engkau maha pemurah , maha penyayang lagi maha pemalu. Allahumma Amin.

No comments:

Post a Comment