Friday, October 18, 2019

New things coming



Assalamualaikum. Yaa maka kita saksikan lagi kemunculan aku yang ntah keberapa kali setelah lama hiatus dalam penulisan blog. By the way, hai semua. Mungkin ada yang telah lama follow saya dalam blog, dan mungkin ada yang baru. Saya Sarah, 25 tahun. Telah berkahwin dan mempunyai seorang anak.


Gambar anak menyambut hari kelahirannya yang pertama.

Saya telah berkecimpung dalam ber-blogging ini dari tahun 2008. Maknanya dah 11 tahun saya ber-blogging tetapi tidak konsisten kerana dek kemalasan dan alasan yang banyak. So, pada tahun ini, inshaAllah saya cuba untuk konsisten dan rajin untuk mengisi masa lapang. Ya, saya memang minat menulis. Dahulu kala, sewaktu saya mula ber-blogging, semua benda tidak berfaedah. Almaklumlah, darah panas remaja. Entah apa sahaja yang dibebelkan, dalam bahasa pasar. 

Kemungkinan besar, jika saya sentiasa aktif dari dahulu, saya dikenali oleh rakan blogger yang lain dan boleh buat ramai kawan. Sekarang, saya cuba untuk mencari diri saya yang dahulu, yang suka berkawan, berkongsi ilmu dan sebagainya. Sebenarnya, tercetusnya idea saya ingin menulis kembali adalah kerana seorang kawan. Dia sangat aktif berblogging dan ramai yang mengenalinya. Jika dia sampai ke sini, hai adek!


 Semoga kita akan berjumpa lagi di post yang akan datang. Silalah rajin untuk memberi idea kepada saya dan terima saya dalam dunia blogging ini untuk keberapa kali ini. Sekian Assalamualaikum.