Sahur apa hari ini ?



Assalamualaikum w.b.t dan salam Ramadhan yang ke-14 wahai umat yang dirahmati Allah. Apa khabar ? Puasa tak ? Ececeh mengada. Mestilah puasa kan. Hari ini alhamdulillah saya mahu berkongsi tentang sahur. Apa itu sahur ? Sahur seperti yang umum ketahui digunakan oleh kaum muslimim dan muslimat untuk makan di waktu pagi sebelum berpuasa di siang hari pada bulan Ramadhan.

Hadis Anas r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Hendaklah kamu bersahur kerana di dalam bersahur itu ada keberkatannya.
 عن ‏ ‏زيد بن ثابت ‏ ‏رضي الله عنه ‏ ‏قال ‏ ‏تسحرنا مع رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏ثم قمنا إلى الصلاة قلت كم كان قدر ما بينهما قال خمسين آية 
Hadis Zaid bin Thabit r.a katanya: Kami pernah bersahur bersama Rasulullah s.a.w. Setelah itu kami pun mendirikan sembahyang Subuh. Kemudian aku bertanya: Berapakah selang waktu di antara keduanya? Baginda menjawab: Kira-kira bacaan lima puluh ayat 

Mengikut pengalaman saya, ada juga yang meninggalkan sahur dengan sengaja dengan alasan "boleh juga tahan puasa esok, bah" , "ndak dapat bangun, mengantuk bah" dan tak lari dengan alasan "besok pun boleh sahur"(yang ini saya. hehehe xP) . Mungkin ramai yang tak tahu terdapat barakah di waktu bersahur. Jujur, saya orang paling liat mahu bangun ketika waktu sahur.

Saya akan bangun sahur. Tetapi saya tidak makan. Saya cuma minum beberapa teguk air. Kalau saya rajin, mulut saya pun rajin mengunyah 4 biji kurma sahaja. Dan dengan keberadaan saya yang jauh dari rumah, tiada selera langsung mahu makan nasi. Sebab kalau di Lahad Datu, mama akan masakkan sesuatu yang akan tarik selera saya supaya saya makan nasi. Contohnya, belacan goreng atau ikan masak taucu. Allah, rindu mama T.T


Terdapat banyak keberkatan bersahur. Cuba rujuk gambar yang di atas. Oleh itu, marilah bersama-sama muhasabah diri dan memilih jalan ke arah yang baik. Insha Allah ibadah yang kita lakukan secara ikhlas, akan diberkati Allah. Allahumma Amin.

Credit : Google Images & Diari Seorang Mujahidah






La Tahzan ♥

2 comments :

  1. SaLaM... SeE u soon .. I will keep my promise but not now.. TQ

    ReplyDelete