Sunday, August 30, 2015

fitnah virtual ?

 
Assalamualaikum dan selamat pagi . Semoga anda menjalani hari-hari anda dengan penuh keberkatan dan penuh kasih sayang. Bulan ini agak mencabar untuk saya kerana terlalu banyak yang berlaku diluar jangkaan saya. Saya sendiri melihat dengan mata saya sendiri bagaimana Allah menghantarkan mereka-mereka untuk menceriakan hari-hari saya. Begitu juga dengan ujian yang sangat berat. Bagaimana ada orang fitnah saya tanpa mengetahui hal sebenar.
 
Saya tahu siapa orang yang fitnah saya. Cuma saya tak mahu besarkan hal sebab saya kenal girlfriend dia. Cuma ada benda yang hendak saya jelaskan , supaya fitnah tu tidak menular ke orang lain dan menyebabkan orang lain pandang saya dengan pandangan serong. Insha Allah semua yang saya katakan sini adalah benar. Agar siapa-siapa boleh tahu. Amin.
 
1. Saya dikatakan seorang playgirl. Kerana 8 bulan yang lalu, sebelum dia couple dengan gf dia, dia pernah mau tackle saya. Lepas dia tahu perangai sebenar saya, dia lablekan saya sebagai playgirl dan sebab itu dia couple sama gf dia sekarang. PENJELASAN : 8 bulan sebelum dia couple dengan gf dia, yang dia katakan dia pernah mau tackle saya, saya ada bf. Contact lelaki lain lagi lah jauh. Kenal dia pun tidak, bila masanya saya contact dia ? Wujudnya si pemfitnah ni pun , masa dia couple dengan kawan saya. Mardianah sendiri tahu. Cady tahu. Vella tahu kalau saya pernah bercakap atau tidak dengan lelaki ni. Apa dia mahu dari saya sampaikan dia suruh orang lain untuk berhati-hati berkawan dengan saya ?
 
2. Saya ada kereta Vios dan saya tidak pernah jalan kaki ke kampus. PENJELASAN : Kereta Vios memang wujud. Tapi kepunyaan sepupu dan abang saya. Saya tinggal di hostel. Cousin saya di Penampang dan abang saya di Lahad Datu. Saya tidak pernah berjalan kaki ke kampus ? Kalau betul semua tu, Ira, Brenda, Mardianah, Vella, Dj, Kak Ida, Mimi dan Kak Lay berjalan dengan siapa pergi kampus ? Roh Nur Sarah Jenysah ? Atau clone kah ? Mana kereta Vios tu yah ? Lesen kereta pun tiada. Lucu lah awak.
 
3. Saya pernah hampir bercouple dengan student di kampus. PENJELASAN : WHY AM I SUCH A BIG DEAL TO YOU MAN?! Dia dengan saya hanya kawan. Bawa couple pun nda pernah . Apa pula hampir couple ? Saya masih ada harga diri untuk dijaga . Kaffarah boleh berlaku di mana-mana bah. Saya jaga semua tu sebab what goes around comes around. Saya dengan orang tu cuma kawan. Kawan biasa. Macam kau berkawan dengan orang lain.
 
Pointnya di sini, kenapa ? Apa motif dia burukkan saya sebegitu ? Orang yang mahu berkawan dengan saya pun akan rasa ragu-ragu. Sebab hal fitnah macam ni. Allahu Akhbar. Semoga Allah rahmati hidupmu wahai pemfitnah. Jaga baik-baik gfmu. Jangan sampai dia pun kau fitnah. Kalau kau belum sedar, nanti saya belanja kau kupi.

No comments:

Post a Comment