Friday, June 26, 2015

Why housemate. Why?


Dapat dari Abang Goo ;) Tiada kaitan dengan cerita yang akan anda baca


Assalamualaikum w.b.t dan hai. Hari ini, hari jumaat. Esok hari sabtu. Lusa hari ahad. Yeah. Okay, actually mau express satu story. Mungkin ini untuk diri sendiri. Tiada kena mengena dengan orang lain atau disekeliling saya. Mahupun Djay, Kak Ida, Ira dan Brenda. Tyne pun tidak. Hidup satu rumah dengan orang yang berasal dari daerah lain ni bukan senang. Lagi lagi dengan orang yang sama daerah. Kenapa ? Sebab maruah. Bukan apa, saya tiada hak untuk bermaruah dengan kelakuan orang lain. Tapi sebab ingin mengukuhkan ukhwah *chewah* , saya seharusnya ada perasaan malu terhadap mereka.

Mesti kita pernah dengar kan, "Eh, dia dari (insert daerah's name here) kan? Memang orang dari sana kasar kah kalau bercakap?" dan kita yang berlainan perangai dari orang tu pun dan secara kebetulan dari daerah sama akan terdiam. Sentap. Terus tiba-tiba datang bayangan diri sendiri dan berkata dalam suara tenggelam timbul, "aku pun begitu kah?"

Manusia kan berlainan perangai. Tapi yang berlainan itu lah yang selalu kita dengar. Bila kita tengok di depan mata kita, baru kita akan cakap " Ohh, begini rupanya perangai dot dot dot pulakk" . Tapi sebab kita sedar akan diri kita, kita cuba diam. Cuba untuk tidak mengeruhkan keadaan yang sedia ada.

Sebagai seorang yang cuba meredakan keadaan, saya takut. Pandangan orang lain terhadap orang yang berasal dari satu daerah. Kita tak dapat mengubah pandangan orang lain melainkan mereka yang merubahnya sendiri. Jangan terlalu megharap untuk dipandang kerana sekali kita mengharap, sakit yang datang lebih banyak. Di mana? Di dalam hati. Kita hanya dapat berdoa. Sekiranya dengan sedikit teguran masih belum mampu untuk mengubah mereka, cuba pula mengadu dengan Allah.

Saya minta maaf sebab saya tak dapat menegur dengan lebih berani. Saya cuba untuk menjaga hati masing-masing. Tapi hati saya tiada siapa yang jaga. 


No comments:

Post a Comment