Wednesday, May 6, 2015

Perempuan. Girl. Lady. Woman.


Ada seorang perempuan, yang menyayangi seseorang dengan ikhlas dan jujur, tanpa sedikit keraguan dan setia hanya kepada satu orang sahaja. Semua memuji dirinya yang sempurna untuk dijadikan teman hidup. Tetapi perempuan itu sedar, ada kekurangan dalam dirinya iaitu tidak dapat membuat orang yang dia sangat sayang untuk terus menyayanginya dengan ikhlas tanpa ragu-ragu. Walaupun besar pengorbanan masa dan teman untuk dirinya, dia tetap tidak boleh membuat orang yang disayangi untuk terus bertahan.

Dia seorang yang cerewet, kuat nangis, perlu dimanja 24 jam dan selalu ingin dirinya diambil tahu. Gemuk. Selalu mengadu sakit dan tidak sedar bahawa dirinya kasar terhadap semua orang. Membuat dia dibenci orang. Tapi dia seorang yang berkeyakinan diri, sayang akan keluarganya, setia, suka mempelajari benda baru dan hormat akan orang lain. Sentiasa tersenyum, ketawa dan amat diperlukan oleh rakan-rakannya.

Dia tidak sedar, kenikmatan yang Allah berikan hanya sementara. Selagi dia tidak bergantung kepada yang tak mati, dia akan tetap kecewa. Sedih. Menangis. Perempuan hina ini sentiasa bergantung kepad Allah, untuk mengampunkan dosanya. Memohon dan meminta agar orang yang dia sayang sentiasa sayang akan dirinya. Namun dia lupa. Allah lebih sayangkan dirinya berbanding perempuan itu sayangkan orang yang dia sayang.

Sekuat mana perempuan itu menghadapi hari-harinya yang sunyi, memohon dan memanjatkan doa agar dia diberi ketabahan, dia tetap akan mengalirkan air mata setiap malam sebelum tidur. Setiap petang dia akan keluarkan keluhan yang sangat panjang kerana dia tahu, pada malam itu, dia akan terkenangkan manja kesayangannya dahulu terhadap dirinya. Bagaimana setiap malam mereka berkongsi cerita dan cinta ditalian, bagaimana mereka sentiasa ucap kata janji dan sayang setiap malam sebelum tidur. Dan setiap janji yang disumpah di atas nama Allah.

Walau kuat bagaimanapun dia. Walau sedaya upaya dia cuba untuk mengendahkan perasaan ini, dia tetap lemah dan akan menangis. Mengapa ? Kerana dia seorang perempuan. 

No comments:

Post a Comment