Untitled



Assalamualaikum. Lama rasanya tak update blog tau. Ada haritu post pun sikit seja. Tu pun ketara sangat lah kemalasannya. Too much things happen since 2014 until now. How do I managed myself to enter UNITAR. How I managed myself to not keep myself single and how I managed myself to be independent. Terlalu banyak yang berlaku tapi tak pernah mahu post di sini.

Betul apa yang dikatakan. Kita hanya mampu merancang . Allah yang menentukan. Betapa besarnya harapanku time dapat panggilan temuduga bahasa Perancis di Universiti Malaya. Siapalah sangka seorang lepasan STPM yang tidak ada kena mengena dengan bahasa asing tiba-tiba dapat tawaran yang hebat seperti itu. Allah betapa bahagianya muka mama dan ayah semasa dapat tawaran tu. Sanggup diorang habiskan duit semata-mata untuk melihat anaknya pergi temuduga di Kuala Lumpur.

Mama dan Ayah tak sempat pun sarapan pagi sebab semangat mahu hantar anaknya pergi Universiti Malaya. Sanggup tunggu anaknya masuk dewan baru pergi sarapan. Ingat lagi ayah call , tanya mana tempat duduk sebab mau hantar roti dan air sebab dia tahu anaknya belum sarapan. Ya Allah :'( Macam mana pun kehendak hati mau bahagiakan ibu bapa, tapi rancangan Allah lagi hebat.

Insha Allah, aku akan berusaha lebih baik dari sebelumnya. Amin


La Tahzan ♥

3 comments :

  1. boleh saya tau ke apa yang diorg tanya and apa requirement semasa interview bahasa perancis kat um ni? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalammualaikum. Maaf sebab saya baru sedar ada comment. Semasa interview tahun lalu, mereka cuma perlukan sijil2 yang berkaitan spt slip spm, stpm dan sijil2 pencapaian sekolah. Ada 3 orang panel dan mereka akan suruh introduce diri, tnya knp pilih bahasa perancis dan mereka akan suruh bertutur dalam bahasa perancis :) insha Allah dapat membantu ^^

      Delete
  2. salam, boleh akak tweet saya @syzwnyzd sebab saya nak tau lebih detail pasal interview bahasa perancis um ni

    ReplyDelete