Kisah Si Penanam Anggur Berjaya


Semenjak jadi penganggur ni, macam-macam sudah aku buat dalam rumah. It was fun! Tapi yang boringnya, benda yang saaama seja dibuat. Heih, aku request mau cari part time job dari mama tapi mama tak bagi. Mama cakap ;

“ Daripada kau jadi kuli orang lain, bagus kau jadi kuli di rumah”
“ Bagus-bagus kau tak payah pergi kerja on-time, mau juga susahkan diri”
“Daripada kau tolong orang, bagus kau tolong mama di rumah”
“Mama dulu pun sebelum kerja, tiada juga kerja awal-awal mau cari pengalaman. Gaji boleh kasi makan 4 orang juga”

Memang betul juga lah apa mama cakap. Tapi kaan, apa yang buat aku tak suka ada di rumah ni ialah, aku BORING TAHAP MAU MATI! Orang lain ada daily routine diorang mau buat apa di luar sana. Memanglah aku pun sama seja macam orang lain yang part-time job. At least, diorang boleh rasa apa itu gaji pertama. As a teenager yang berumur 20 tahun, kehendak kau melebihi keperluan. Ngam lagi ada smartphone, online shop di instagram and all of those beautiful stuffs yang kena jual, tadah liur jak lah. Bukan tak boleh minta duit sama mama or ayah, tapi adik-adik aku yang dua orang tu lagi perlu duit untuk persekolahan diorang. Aku yang tak sekolah ni, nda lah mau susahkan orang tua. AND THATS THE DILEMMA!

Aku minta stay di KK, mama tak suruh sebab nanti Cipa takda kawan. Jadi kalau aku masuk U nanti, bukan sama seja kah ceritanya lol ? Aku dilatih untuk berdikari sejak aku 11 tahun. Time tu mama kursus di Kuala Lumpur, bawa Cipa. So aku ditugaskan untuk jaga Aza, abang dan ayah. Umur 11 tahun, aku disuruh iron baju sekolah Aza dan masak untuk makan malam. Dan berlanjutan kerja tu sampai sekarang. Aku belajar sambil buat kerja rumah. Niat aku bukan mau merungut (nanti dikata berkira lagi) tapi, aku mau juga tengok dua orang adikku tu berdikari. Semua diorang mau berkira. Shhish T.T

Aku bangun awal setiap pagi even though aku ni penganggur. Ada chance lah bangun lewat kalau Syazwan takda di rumah. Kalau tak, aku kena bangun awal jam 5.00 a.m sebab temankan Syazwan tidur di bilik mama. Nanti bangun pagi, dia nangis. Sambil tunggu dia tidur, aku pun sambung tidur lah. Penat okay. Lepas Syazwan bangun, aku bangun, bawa turun bawah and bagi tengok dia Upin & Ipin, aku pergi masak air dan bubur untuk dia makan. Lepas dia mandi and makan, Cipa bagi tidur dia.

Time Cipa bagi tidur, aku buat lah kerja di rumah, cuci itu ini, jemur itu ini, sapu itu ini, mop itu ini. Lepas habis buat semua, itupun kalau Syazwan nda bangun awal. Aku masak untuk Aza. Lepas Aza balik dari sekolah, baru aku rehat kejap, tengok tv ka, layan game or anything yang berkenaan dalam henpon, tunggu mama balik, baru aku naik pergi bilik, rehat bagai.

Aku tengah jalankan healthy life, so every 4.00 p.m aku workout so aku ada sexy legs. Lol. Aku guna apps Nike Training Club. Ada perubahan juga lah, Alhamdulillah. Tapi since ada Syazwan, aku jarang workout lol. Sebab penat dohh. Habis workout, aku mandi and ready untuk masak untuk makan malam. Sebelum masak, angkat dulu kain di jemuran, bawa naik bilik. Habis jak masak, lipat kain kemain semua then kemas and that is the end of my day. How pathetic.

Aku bosan okay, duduk dalam rumah. Bosan bukan tak bersyukur. Bosan. Sebab aku rindu mau pergi sekolah. Aku mau bangun jam 4.30 pagi dengan perasaan excited sebab mau jumpa kawan-kawan di sekolah. Aku mau sampai di sekolah jam 6.30 dan jumpa Amy, Dewi, Ezie, Tella dan yang lain di dewan terbuka sebelum naik kelas. Dalam kelas, gossip sana sini sebelum masuk makmal ict time cikgu Dean. Time balik, gossip di tangga sambil berebut keluar dari blok FG . I miss all of that .

P/s : Yes. Im missing all of it. I miss to go to school. So much it hurts :’(


La Tahzan ♥

No comments :

Post a Comment