Thursday, March 13, 2014

Exam Week + Study Mood = ON!


Assalamualaikum dan selamat pagi :) Saya menulis ditengah malam ini adalah bertujuan untuk menghilangkan penat saya setelah lama saya menghadap buku Pengajian Am sejak pukul 9.30 tadi . Esok saya ada kertas ulangan Pengajian Am. Rezeki saya bukan pada keputusan yang saya terima pada 10 Februari lalu. Oleh itu, saya berfikir untuk berusaha sedaya upaya untuk membaiki keputusan saya. Telah banyak video YouTube saya tonton, telah banyak blog saya baca untuk mendapatkan tips belajar yang berkesan dan saya telah mempersiapkan senjata peperangan saya semenjak bulan lalu lagi. Sehingga saya sakit perut dan kepala kerana terlalu memikirkan apakah keputusan saya akan setimpal dengan usaha yang telah saya laksanakan ? Ya Allah Ya Rabb, Engkau permudahkanlah perjalanan hambaMu yang hina ini agar aku dapat membalas jasa ibu bapaku dan meringankan beban mereka pada masa hadapan. Allahumma Amin :')


Semoga MH370 kembali dengan selamat dan doaku kepada mereka yang berada di dalam pesawat itu tidak akan pernah putus selagi mereka belum ditemui. Ya Allah, Engkau tempatkanlah mereke ditempat yang selamat agar ahli keluarga mereka boleh kembali tenang serta bekalkanlah mereka ketabahan agar mampu menerima dugaan dariMu. Sesungguhnya Engkau lebih maha mengetahui. Amin ya Rabb :')

No comments:

Post a Comment