Ramai yang menyangka hidup ini tidak adil. Termasuk aku.
Tapi, banyak kali aku yakinkan diri bahawa semua itu adalah ujian dari Allah.
Aku masih lagi seorang kanak-kanak diambang dewasa. Aku masih berfikiran
seperti kanak-kanak yang mahu semua kemahuan aku dituruti. Aku masih lagi
kanak-kanak yang mahu seorang kawan rapat yang boleh dipimpin tangannya ke mana
sahaja. Dan aku masih lagi kanak-kanak yang mahu hidup bersama ibu bapa buat
selamanya. Tapi dalam keanak-anakkan itu, aku seorang dewasa yang tahu memilih
mana yang baik dan mana yang buruk. Aku seorang dewasa yang universal, aku
perlu bergaul untuk tidak diperbodohkan dan tidak dipermainkan dan aku seorang
dewasa yang mahu tinggalkan rumah demi kebahagiaan diri dan ibu bapa.
Walaupun ramai yang masih tak dapat terima siapa aku, aku
tetap dengan siapa aku. Aku seorang yang happy go lucky, suka senyum, kuat,
pemaaf dan empati. Dalam kata kunci tidak dapat menerima siapa aku, aku masih
mencari jalan. Jalan pertama yang ingin aku tuju, berdoa kepada Allah agar
jauhkan diri’nya’ dari aku dan jodohkan aku dengan ‘nya’ suatu hari nanti.
Jalan kedua? Wallahualam. Aku masih buntu. Dirinya seperti sepohon mangga.
Apabila berbuah, tuannya akan tersenyum melihat hasil kesabaran menunggu.
Cantik dan wangi. Seperti dirinya, apabila tiba masanya, baru dia dapat
menggembirakan hati seseorang. Hadiahkan senyuman penuh makna dan nasihat
berguna. Namun pada masa yang sama, takut apabila dikupas, terdapat kerosakan.
Oleh itu, ditunjukkan dari luar kulitnya, mengapa hitam.
Aku yakin, Allah telah merancang baik perjalanan hidupku.
Aku sebagai hambaNYA, melakukan perintahNYA, yakin bahawa segala ujian yang
diberikan adalah untuk mengajar aku erti kehidupan. Erti kehidupan yang tiada
tandingannya. Semua manusia istimewa. Dan aku perlu yakinkan diri aku, bahawa
aku UNIK dan ISTIMEWA seperti yang dipandang tinggi oleh mereka ^^
Nur Sarah Jenysah.
28/7/13. 11.47p.m
No comments:
Post a Comment