Monday, January 28, 2013

A post before night


The thing yang saya buat semalam untuk fail Pengajian Am saya :D

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada kaum muslimin dan muslimat . Sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia . Apa kena ? Hello , saya penat . Ya , saya penat lagi . Lagi dan lagi . Hari ini sangat menggerunkan sebab ada spotcheck di sekolah tadi .Tapi yang menghairankan , kenapa di kelas kami sahaja ? Kenapa bukan di kelas lain jugak ? Ini mendatangkan marah ! Haha

Tadi masa kelas perniagaan , Cikgu Dean ajar kami bab undang-undang dan di situ lah dia bagi tengok video P Ramlee . Video Do Re Mi yang jual berus gigi & masa Mi cari kerja , video Tiga Abdul yang Abdul Wahub buat deal dengan Sadiq Segaraga pasal kawin dengan Ghasidah & time Abdul Wahub beli abang-abangnya dari saudagar unta yang baru datang dari Cairo . Haha . dihapal bah xD

Dan tadi juga , kami minta maaf dengan cikgu yang marah kami tempoh hari gara-gara Running Man tu . Tak palah . Kami sedar dengan kesilapan kami . Betul kata Cikgu Dean , kami memang patut dimaki dan dimarah . Yes , cikgu . Kami dapat pengajarannya sudah . Kami kan budak 19 tahun . Mana boleh berperangai macam budak-budak lagi , sambil menunding jari dengan orang lain sedangkan itu kesalahan kami .

Kadang-kadang , ada orang cakap kalau mak bapak kerja kerajaan ni , kaya . No . YOU ARE WRONG . Saya yang both parents saya kerja kerajaan , masih berfikir macam mana mau minta duit RM101 untuk MUET . Bukan apa bah . Umur sudah meningkat ni , ada sudah perasaan malu untuk minta duit sebegitu banyak dengan ibu bapa . Lainlah kalau orang yang kurang didikan dan dimanjakan seperti certain people out there .

Dan , sekolah kami mewajibkan kami untuk pakai uniform . Kami last sudah di sekolah tu . Kalau kami pakai untuk satu tahun , bila lagi kami akan pakai ? Lainlah kalau kami disuruh pakai t-shirt persatuan . At least kami boleh bawa tidur atau buat lap kaki masa kami sudah tua nanti . Hihihi .

No comments:

Post a Comment