Monday, October 10, 2011

Why Do I Love Korean Dramas ?


Assalamualaikum , Annyeonghasaeyo dan Ni Hao Ma ? Hehehehe . Meng-gonjeng ayat . By the way , saya mahu share some intrest about myself ;) Mungkin benda ni taklah interesting sangat sebab kadangkala , mak cik jiran pun terlebih emosi apabila menonton drama-drama Korea . Sampai terdengar raungan bila Miho tinggalkan Daewoong pada episod akhir My Girlfriend Is A Gumiho ~

Meh , meh , saya share , kenapa saya tertarik sangat dengan drama-drama Korea sampai addicted , even semua episod mahu di replay balik -___- . Mesti ada yang tertanya , kenapa bukan drama Jepun ? Kenapa bukan drama Melayu , kan kau tinggal di Malaysia ? Kenapa bukan drama Chinese ? Kenapa bukan drama Indonesia ?

Saya jawab dahulu soalan-soalan tersebut . Mengapa ? Kenapa ? Mesti ada jawapan berdasarkan hati dan naluri masing-masing . Minta maaf kalau tersinggung kalau-kalau anda lebih meminati drama-drama negara lain atau negara anda sendiri iaitu Malaysia . Mianhe banyak-banyak sebab post ini bukan untuk menyinggung perasaan anda yang gonjeng melayan tangisan drama anda ! Hahahahahahaha !

Mengapa bukan drama Jepun ?
- Simple . Saya tak pernah dengar tentang drama Jepun . Hahahaha !

Mengapa bukan drama Melayu ?
- Saya tak suka dengan cara mereka berlakon , dengan bahasa kasar dan bahasa mat rempit . Sebab , mat rempit adalah contoh yang tidak baik untuk masyarakat Malaysia . Kononnya , drama tersebut untuk menyedarkan masyarakat . Tetapi , influencenya sangat ketara sehingga saat ini , sampai sekarang pun , tepi rumah , ada yang bawa motorsikal dengan bunyi ekzos yang dimodified macam bunyi katak mati . Dan , ada saja drama yang tunjukkan aksi itu ini . Saya boleh terima tu semua , tetapi pada orang ( yang saya tak boleh sebut bangsanya ) , mereka akan kritik habis-habisan di Youtube dan Facebook  . Itu yang buat saya tak tahan untuk tengok mereka jatuhkan drama negara dan bangsa mereka sendiri . Lagi satu , drama Melayu , saya memang respect , PADA DRAMA YANG RELAX AND EASY GO , macam Awan Dania . Sebab drama tu memberi motivasi kepada sesiapa sahaja disekeliling dan lakonan Scha sangat mantap ! Mungkin , hanya Awan Dania sahaja yang melekat di hati saya .

Mengapa bukan drama Chinese ?
- Saya jarang tengok sebab , drama Chinese yang saya suka tengok di 8TV , iklannya memanjang mempromosi entah apa-apa . Kadang-kadang , saya rasa macam nak report jeer 8TV & TV3 & NTV7 sebab iklan diorang gila lama ! Kadang-kadang , drama yang saya suka tengok , selalu stuck , iklan , go on , best-best tengok , tiba-tiba iklan , macam 5 minit . Sempat habis nasi dua tapau -___-"

Mengapa bukan drama Indonesia ?
- Drama Indonesia BANYAK SANGAT KONFLIK ! Benci ~ Bukan benci pada drama-drama diorang , tapi benci dengan bajingan-bajingan atau penjahat-penjahat mereka sebab jahat sangat 0-0 . Even something yang unexpected pun diorang boleh buat . Cecair kimia la , apa la . Lepas menyanyi , tiba-tiba doktor kata , muzik boleh menyembuhkan dan cecair kimia hilang dari dalam badan dan bila Kepala Sekolah mahu buat majlis kesyukuran untuk si pesakit , satu cikgu tak setuju dan bla bla bla . Culik bayi ~ Pasti ada cerita atau jalan cerita yang sama .

Okay enough . Kesian anda yang membaca luahan hati saya kepada drama-drama negara lain , haha ! Adakah saya membawa bad influence kepada anda ? Sekali lagi saya minta maaf . Blog saya adalah untuk meluahkan isi hati saya yang terkandung tak diluahkan . Maaf banyak-banyak . Okay , lets get going with my main purpose of posting this post .


Why Do I Love Korean Dramas ?
- Mereka mempunyai idea yang kreatif dan unexpected stories .

- Drama-drama mereka , ada sahaja memaparkan aksi masak-memasak . Saya sangat suka ini . Saya suka bila Geum Jan Di masak bubur untuk Ji Hoo dan telur gulung untuk Jun Pyo dalam drama Boys Over Flower . Saya juga suka bila Daewoong buat Kimbap untuk dia dan Miho makan apabila mereka melawat zoo dan bila Daewoong memanggang daging untuk Miho dalam MGIAG .

- Mereka juga memasukkan unsur-unsur tradisonal mereka . Adab mereka di meja makan , hormat orang tua , percakapan yang lembut kepada orang tua dan cassanova yang handsome memikat wanita :D

- Pelakon mereka sangat cantik dan handsome ! Memang Malaysia mempunyai pelakon handsome seperti Aaron Aziz , Shaheizy Sam dan Lisa Surihani juga Juliana Banos . Tapi , drama korea , LAGI BANYAK dan setiap drama , pasti pelakon berlainan dan lagi handsome -___-


Tapi adakalanya , saya tak suka dengan drama Korea . Sebab , kadang-kadang , endingnya gantung . Kita tak tau endingnya apa . Contohnya , drama Boys Over Flower , sampai sekarang saya tak tahu , apakah jawapan Geum Jan Di ? Dia terima Gu Jun Pyo ka tak ?

Saya lebih suka tengok Kuch Kuch Hota Hai , actually ;D

No comments:

Post a Comment